
IRAQ, 28 November -Perdana Menteri Iraq, Ali al-Zaidi mengambil langkah tegas membanteras kegiatan penyeludupan minyak yang berleluasa di negara itu.
- Donald Trump menyokong usaha Iraq membanteras penyeludupan minyak dan rasuah serta meletakkan semua senjata di bawah kawalan kerajaan.
- Zaidi mengarahkan pintu masuk sempadan Kurdistan dan beberapa medan minyak diletakkan di bawah kawalan kerajaan persekutuan.
- Langkah itu dijangka mengukuhkan pengaruh Baghdad di Kurdistan dan mengekang laluan penyeludupan minyak ke Iran.
- Kerugian Iraq akibat penyeludupan minyak dari Kurdistan melebihi AS$100 bilion antara 2008 hingga 2025.
Langkah itu dilihat sebagai usaha Baghdad memperkukuh kawalan kerajaan pusat terhadap sumber minyak negara, selain membendung pengaruh kumpulan bersenjata yang disokong Iran.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat menyatakan sokongan terhadap usaha Zaidi menghentikan penyeludupan minyak, membanteras rasuah serta memastikan semua senjata berada bawah kawalan eksklusif kerajaan.
Terbaharu, Zaidi mengarahkan supaya pintu masuk sempadan wilayah Kurdistan dan beberapa medan minyak diletakkan di bawah kawalan kerajaan persekutuan.
Langkah itu dijangka memperkukuh pengaruh Baghdad di wilayah autonomi berkenaan, selain mengekang laluan penyeludupan minyak ke Iran.
Dalam perkembangan berkaitan, konflik di Asia Barat serta gangguan di Selat Hormuz turut menjejaskan eksport minyak Iraq, yang menyumbang kira-kira 90 peratus daripada hasil negara.
Jurucakap kerajaan Iraq, Haidar al-Aboudi berkata, kerugian negara akibat penyeludupan minyak dari wilayah Kurdistan melebihi AS$100 bilion bagi tempoh 2008 hingga 2025.
Kerajaan Iraq kini berusaha meningkatkan hasil negara menerusi penguatkuasaan lebih ketat terhadap kegiatan penyeludupan, selain menarik pelaburan asing bagi memulihkan kedudukan ekonominya. – AFP