Pembangunan pusat data di Johor tidak jejas bekalan air kepada rakyat

Foto janaan AI

ISKANDAR PUTERI, 27 November – Pembangunan pusat data di Johor tidak menjejaskan bekalan air kepada rakyat, apabila kelulusan bekalan air bagi sektor berkenaan hanya melibatkan 1.05 peratus daripada keseluruhan pengeluaran air terawat negeri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebanyak 19 pusat data telah mula beroperasi di Johor.
  • Bekalan air sebanyak 21 juta liter sehari diluluskan, berbanding permohonan asal 73 juta liter sehari.
  • JPPPDNJ ditubuhkan pada April 2024 untuk menyelaras pembangunan pusat data, setahun lebih awal daripada DCTF peringkat Persekutuan.
  • Penilaian merangkumi keperluan air, elektrik, teknologi hijau dan infrastruktur, selain menggalakkan teknologi penyejukan air serta sumber alternatif.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, setakat ini, sebanyak 19 pusat data telah mula beroperasi di negeri itu.

Menurutnya, sebanyak 21 juta liter sehari (JLH) bekalan air diluluskan kepada pusat data berkenaan, berbanding permohonan asal sebanyak 73 juta liter sehari.

“Sebab itu, Johor menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pusat Data Negeri Johor (JPPPDNJ) pada April 2024, setahun lebih awal daripada penubuhan Data Centre Task Force (DCTF) di peringkat Persekutuan.

“Jawatankuasa ini amat teliti dalam membuat penilaian terhadap keperluan air, elektrik, teknologi hijau dan kapasiti infrastruktur bersama agensi teknikal seperti BAKAJ, Ranhill SAJ, Johor Special Water (JSW) dan TNB”, katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut menggalakkan penggunaan teknologi penyejukan air serta sumber air alternatif bagi menyokong pembangunan sektor berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.