
ISKANDAR PUTERI, 20 November – Johor memperuntukkan RM122 juta bagi pelaksanaan inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ) pada tahun depan yang dijangka memanfaatkan 41,000 penerima.
- PKJ membantu rakyat memiliki kediaman pertama dan meringankan beban kos perumahan terutama bagi golongan B40.
- Jenis bantuan termasuk Bantuan Beli Rumah Pertama RM5,000, Bantuan Masuk Rumah Pertama RM2,000 dan Bantuan Sewa Rumah RM2,500.
- Untuk 2026, Kerajaan Negeri memperuntuk RM157.83 juta bagi manfaat kepada 44,915 penerima.
- Sehingga Oktober 2026, 22,207 penerima disenaraikan dengan nilai bantuan keseluruhan RM87.779 juta dan permohonan dalam talian diperkenal.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor memaklumkan inisiatif itu membantu rakyat memiliki kediaman pertama serta meringankan beban kos perumahan ditanggung terutamanya golongan B40.
“Bantuan Beli Rumah Pertama (RM5,000), Bantuan Masuk Rumah Pertama (RM2,000) dan Bantuan Sewa Rumah (RM2,500).
“Bagi pelaksanaan tahun 2026, Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak RM157.83 juta yang disasarkan untuk memberi manfaat kepada seramai 44,915 penerima di seluruh Negeri Johor.
“Berdasarkan status pelaksanaan sehingga Oktober 2026, seramai 22,207 penerima telah disenaraikan di bawah inisiatif ini dengan nilai bantuan keseluruhan sebanyak RM87.779 juta,”katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Beliau turut memaklumkan kaedah permohonan secara dalam talian turut diperkenalkan bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif berkenaan dilaksanakan secara berkesan.