New Zealand batal amaran tsunami

Foto fail/AFP

WELLINGTON, 18 November –Agensi Pengurusan Kecemasan New Zealand membatalkan amaran tsunami pada Rabu selepas aktiviti luar biasa yang tidak diketahui puncanya dikesan di perairan pantai timur negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Punca aktiviti tsunami masih belum dikenal pasti walaupun dikesan oleh alat pengukur pasang surut di Napier dan Gisborne.
  • Agensi tidak menolak kemungkinan fenomena berpunca daripada tanah runtuh bawah laut.
  • GeoNet dan USGS tidak mengesan sebarang aktiviti gempa bumi di luar pantai Pulau Utara.

Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan penilaian saintifik terkini, ancaman tsunami di pantai timur Pulau Utara telah berakhir.

Bagaimanapun, punca sebenar aktiviti tsunami yang dikesan menerusi alat pengukur pasang surut di dua bandar, Napier dan Gisborne, masih belum dikenal pasti.

Sebelum ini, agensi berkenaan tidak menolak kemungkinan fenomena itu berpunca daripada kejadian tanah runtuh bawah laut.

Ketika amaran dikeluarkan, orang ramai turut diingatkan supaya menjauhi kawasan pesisir pantai berikutan risiko arus deras dan kenaikan paras air secara mendadak.

Sementara itu, Pusat Pemantauan Gempa Bumi New Zealand, GeoNet dan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) tidak mengesan sebarang aktiviti gempa bumi di luar pantai timur Pulau Utara. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.