
AYER KEROH, 18 November – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh memaklumkan barisan kepimpinan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka akan diumum esok (Khamis).
- Pertemuan dengan 24 ADUN BN dan PN di Seri Negeri membincangkan hal kepimpinan negeri dan strategi pelaksanaan tugas wakil rakyat.
- Maklumat lanjut mengenai pelantikan Exco akan diperincikan menerusi sidang media yang dijadualkan esok.
- Perbincangan menekankan memperkasa pelaksanaan tugas wakil rakyat dan memantapkan penyelarasan di peringkat JAPERUN.
- Mesyuarat turut membincangkan meneruskan inisiatif HEBAT serta memperkukuh hubungan strategik dengan kementerian.
Beliau memaklumkan perkembangan itu selepas mengadakan pertemuan dengan 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Seri Negeri di sini.
Menurutnya, maklumat lanjut berhubung pelantikan barisan Exco berkenaan akan diperincikan menerusi sidang media yang dijadual berlangsung esok.
Pertemuan bermula kira-kira 11 pagi itu membincangkan berkaitan memperkasa pelaksanaan tugas wakil rakyat serta memantapkan penyelarasan di peringkat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN).
Selain itu, pertemuan berkenaan turut menyentuh usaha meneruskan inisiatif Hari EXCO Bertemu Rakyat (HEBAT) serta memperkukuh hubungan strategik dengan kementerian.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, gabungan BN dan PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 24 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan manakala, Pakatan Harapan (PH) pula menang empat kerusi.