
BATU PAHAT, 18 November – Dua lelaki rentung manakala, dua lagi mangsa cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Jaya Diri, Rengit di sini kira-kira pukul 8 malam tadi.
- Mangsa maut ialah lelaki 22 dan remaja 17 tahun, ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kenderaan.
- Salah sebuah kereta terbakar kira-kira 60 peratus, menurut Komander Operasi BBP Rengit.
- Dua lagi mangsa cedera, lelaki 37 dan wanita 61, tersepit tetapi berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital.
Mangsa yang maut masing-masing merupakan dewasa lelaki berusia 22 tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Mohd Khairul Azmi Ngatman, salah sebuah kereta yang dinaiki mangsa terbakar kira-kira 60 peratus dalam kejadian itu.
Kedua-dua mangsa ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, dua lagi mangsa cedera iaitu lelaki berusia 37 tahun dan warga emas wanita berusia 61 tahun yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.
Mangsa cedera kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.