207 PPS Johor siap siaga hadapi banjir ketika musim peperiksaan SPM, STPM

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali hadir sesi libat urus bersama JPNJ, membincangkan persediaan menghadapi kemungkinan banjir sepanjang musim peperiksaan SPM dan STPM./ RTM

JOHOR BAHRU, 18 November – Sebanyak 207 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 202 sekolah kebangsaan dan lima sekolah menengah di Johor dikenal pasti bersedia untuk digunakan sekiranya berlaku banjir sepanjang musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

RINGKASAN BERITA AI
  • JPNJ mengenal pasti calon peperiksaan berisiko terjejas, terutamanya di Segamat, Tangkak dan Kota Tinggi.
  • Sekolah perlu ambil maklum status calon dan laluan perjalanan yang mungkin terputus jika banjir berlaku.
  • Perlu luaskan platform komunikasi antara sekolah dan ibu bapa untuk menyampaikan maklumat bencana dengan pantas.
  • JPNJ dan PPD bersedia memberi bantuan serta sokongan supaya calon dapat hadir ke pusat peperiksaan tanpa gangguan.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) turut mengenal pasti calon peperiksaan yang berisiko terjejas akibat bencana itu, khususnya di daerah Segamat, Tangkak dan Kota Tinggi.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, pihak sekolah perlu mengambil maklum status calon peperiksaan, termasuk laluan perjalanan yang berpotensi terputus atau terjejas sekiranya banjir berlaku.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali/ RTM

“Platform komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa juga perlu diperluas bagi memastikan maklumat terkini berkaitan situasi bencana dapat disampaikan dengan pantas,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi libat urus bersama JPNJ bagi membincangkan persediaan menghadapi kemungkinan banjir sepanjang musim peperiksaan SPM dan STPM.

JPNJ bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turut bersedia menyediakan bantuan dan sokongan kepada calon yang terjejas bagi memastikan mereka dapat hadir ke pusat peperiksaan tanpa sebarang gangguan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.