Enam sekolah agama Johor terima 2,000 set meja dan kerusi

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 13 November – Enam Sekolah Agama Kerajaan Johor menerima sumbangan 2,000 set meja dan kerusi bagi menyediakan persekitaran pembelajaran lebih kondusif kepada murid.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumbangan disalurkan menerusi kerjasama strategik antara Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan Yayasan Siti Sapura Husin.
  • Majlis penyerahan berlangsung di Sekolah Agama Kebun Teh dan disempurnakan Shah Reza Md Kanafe kepada Anuar Abd Manap.
  • YSIJ dipilih atas rekod pencapaian serta fokus bersama terhadap pendidikan, pembelaan asnaf dan bantuan perubatan, kata Syed Hussain.
  • YSIJ juga menyampaikan kemudahan bilik kesihatan kepada SMK Aminuddin Baki, diserahkan kepada pengetua Hairuniza Mohsin dan turut dihadiri Datuk Shamsudin Baharom.

Sumbangan itu disalurkan menerusi kerjasama strategik antara Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan Yayasan Siti Sapura Husin sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kemudahan pendidikan di negeri berkenaan.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Sekolah Agama Kebun Teh, di sini, semalam.

Penyerahan disempurnakan Pengurus Kanan YSIJ, Shah Reza Md Kanafe kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Anuar Abd Manap.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Siti Sapura Husin, Syed Hussain Syed Junid berkata, YSIJ dipilih sebagai rakan kerjasama berdasarkan rekod pencapaian serta penglibatan aktif yayasan itu dalam membantu masyarakat Johor.

“Kebersamaan fokus antara Yayasan Siti Sapura Husin dan YSIJ juga menjadi faktor utama kerjasama terjalin antara dua yayasan ini, di mana kedua-dua pihak memberikan penekanan yang sama terhadap teras utama iaitu pemerkasaan pendidikan, pembelaan golongan asnaf serta bantuan perubatan,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri wakil Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) serta pengetua daripada enam sekolah agama yang menerima sumbangan.

Pada hari sama, YSIJ turut menyampaikan sumbangan kemudahan asas bilik kesihatan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, di sini.

Sumbangan itu diserahkan Shah Reza kepada Pengetua sekolah berkenaan, Hairuniza Mohsin, dalam majlis yang turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Datuk Shamsudin Baharom.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.