
KUALA LUMPUR, 2 November – Kementerian Kesihatan (KKM) mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi membendung penjualan ubat GLP-1 secara dalam talian tanpa kawalan, khususnya produk yang tidak berdaftar.
- Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jalankan pengesanan iklan, permohonan penurunan iklan, siasatan aduan dan serbuan terhadap penjualan produk tidak berdaftar.
- 12 serbuan berkaitan retatrutide antara 2025–Sept 2026; rampasan 697 unit bernilai RM341,000.
- Tujuh serbuan lain menyebabkan rampasan 62 unit bernilai RM64,170 dalam tempoh sama.
- KKM akan terus memperketat pemantauan dan penguatkuasaan di platform e dagang demi keselamatan dan perlindungan kesihatan rakyat.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melaksanakan pemantauan melalui pengesanan iklan, permohonan penurunan iklan daripada platform e dagang, siasatan aduan serta serbuan terhadap penjualan produk tidak berdaftar.
“Bagi tempoh 2025 hingga September 2026, sebanyak 12 serbuan berkaitan retatrutide, iaitu bahan yang belum disenaraikan dalam formulari kami, telah dilaksanakan. Serbuan itu membawa kepada rampasan 697 unit produk bernilai RM341,000.
“Dalam tempoh yang sama, sebanyak tujuh serbuan berkaitan produk ini turut dilaksanakan, dengan rampasan sebanyak 62 unit bernilai RM64,170,” katanya ketika di Parlimen, pada Isnin.
KKM akan terus memperketat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penjualan ubat melalui platform e dagang bagi memastikan keselamatan serta keberkesanan ubat, sekali gus melindungi kesihatan dan nyawa rakyat.