Gempa bumi kuat 7.0 magnitud gegar Tibet

Foto janaan AI/RTM

BEIJING, 23 Oktober – Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 melanda wilayah Tibet, China, lewat malam Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada laporan awal mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda.
  • Agensi Gempa Bumi China mengaktifkan tindak balas kecemasan Tahap Dua.
  • Gempa bukan perkara luar biasa; Januari 2025 gempa di Tingri meragut sekurang-kurangnya 126 nyawa.

Bagaimanapun tiada laporan awal mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda.

Menurut ahli seismologi Amerika Syarikat (AS), gempa yang berlaku pada pukul 10.33 malam waktu tempatan itu berpusat di kawasan pergunungan, kira-kira 190 kilometer ke timur timur laut Nagqu dan 390 kilometer ke timur laut Lhasa, ibu kota wilayah berkenaan.

Agensi Gempa Bumi China mengaktifkan tindak balas kecemasan Tahap Dua susulan kejadian itu.

Kejadian gempa bumi bukan perkara luar biasa di China. Pada Januari 2025, sekurang-kurangnya 126 orang terkorban dalam gempa bumi yang melanda daerah Tingri, kawasan luar bandar di Tibet. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.