KDN terima 16,338 permohonan kewarganegaraan

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Sebanyak 16,338 permohonan kewarganegaraan diterima Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 30 September 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • 4,583 permohonan diluluskan, 6,363 masih dalam pertimbangan.
  • Setiap permohonan diteliti menyeluruh berdasarkan fakta kes, maklumat, dokumen dan bukti sokongan sebelum keputusan dibuat.
  • Tiada tempoh tertentu ditetapkan bagi pengeluaran keputusan; alasan penolakan berbeza mengikut fakta dan peruntukan undang-undang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 4,583 permohonan diluluskan, manakala 6,363 lagi masih dalam proses pertimbangan.

Beliau berkata, setiap permohonan diteliti secara menyeluruh berdasarkan fakta kes, maklumat, dokumen dan bukti sokongan yang dikemukakan pemohon sebelum keputusan dibuat.

“Setiap permohonan akan diteliti dan dipertimbangkan secara menyeluruh berdasarkan fakta kes, maklumat, dokumen serta bukti sokongan yang dikemukakan pemohon mengikut giliran sewajarnya sebelum sesuatu keputusan dibuat.

“Proses ini memerlukan penelitian terperinci dan tiada tempoh tertentu ditetapkan bagi pengeluaran sebarang keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing, berhubung status permohonan kewarganegaraan dan permit masuk pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Shamsul Anuar berkata, alasan penolakan permohonan berbeza mengikut fakta dan keperluan setiap kes.

Jelasnya, walaupun seseorang individu memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan kewarganegaraan, perkara itu tidak menjamin permohonan berkenaan akan diluluskan.

Sebaliknya, setiap permohonan tertakluk kepada penelitian dan pertimbangan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta fakta dan bukti yang dikemukakan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.