Agong berangkat hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara, hari ini / Foto BERNAMA

ISTANA NEGARA, 15 Oktober – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 bagi hari kedua di Istana Negara, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesyuarat dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
  • Turut hadir Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, menteri-menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
  • Raja-Raja menyeru pihak pertikaian takhta Negeri Sembilan utamakan kebijaksanaan, kesabaran, hormati adat dan selesaikan mengikut Undang-Undang Tubuh 1959.

Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut berangkat ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; serta Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berangkat sama ialah Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra; dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Mesyuarat itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Ali Rustam; Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; serta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; serta Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan Timbalan Premier Sarawak.

Semalam, Raja-Raja Melayu menyeru semua pihak yang terlibat dalam pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan supaya mengutamakan kebijaksanaan, kesabaran serta menghormati adat dan institusi diraja.

Menurut kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273, sebarang perbezaan pendirian perlu diselesaikan melalui saluran yang sah dan berautoriti, berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.