Program MTCP perkukuh hubungan diplomatik Malaysia

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Perkongsian dasar dan pengalaman tadbir urus menerusi Program Lawatan Peserta Malaysia Technical Cooperation Programme (MTCP) 2026 menjadi platform memperkukuh persefahaman diplomatik antara Malaysia dengan pegawai Kementerian Luar Negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengisian program: taklimat kementerian dan agensi, perbincangan portfolio, pembentangan peserta serta sesi bersama pegawai kanan.
  • Fokus kandungan termasuk dasar luar negeri, sistem politik, pentadbiran Persekutuan dan negeri, pembangunan ekonomi, sosial serta pelancongan.
  • Lawatan ke Wilayah dan agensi utama seperti Putrajaya, Pulau Pinang, Sabah, Parlimen, PETRONAS, MATRADE dan MIDA bagi memahami amalan tadbir urus.

Dianjurkan Kementerian Luar Negeri Malaysia dari 20 September hingga 6 Oktober lalu, program itu memberi pendedahan kepada pegawai peringkat pertengahan yang bertanggungjawab mengendalikan hubungan dua hala dengan Malaysia mengenai dasar negara serta sistem tadbir urusnya.

Antara bidang yang diberi tumpuan ialah dasar luar negeri, sistem politik, pentadbiran Persekutuan dan negeri, pembangunan ekonomi dan perdagangan, pembangunan sosial serta pelancongan.

Pengisian program merangkumi taklimat oleh kementerian dan agensi berkaitan, perbincangan bersama pegawai yang mengendalikan portfolio tertentu, pembentangan peserta serta sesi bersama pegawai kanan.

Lawatan ke Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan Sabah turut memberi peluang kepada peserta memahami amalan pentadbiran serta pembangunan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Antara agensi yang dikunjungi ialah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri; Lembaga Minyak Sawit Malaysia; Kementerian Digital; Kementerian Pendidikan Tinggi; Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Turut disenaraikan ialah Parlimen Malaysia, PETRONAS, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sabah serta beberapa agensi berkaitan pelaburan, pembangunan ekonomi dan pelancongan.

Program berkenaan bertujuan meningkatkan pemahaman peserta terhadap keutamaan negara Malaysia, selain membina jaringan profesional jangka panjang dan memperkukuh kerjasama diplomatik melalui pertukaran pengetahuan serta pengalaman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.