Belanjawan 2027: Pendigitalan digital diperluas ke sekolah pondok

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Kerajaan bersetuju memperluas inisiatif pendigitalan ke sekolah pondok di seluruh negara dalam memastikan institusi pendidikan berkenaan tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek rintis dilaksanakan di enam sekolah pondok di enam negeri menunjukkan hasil positif.
  • Perluasan inisiatif mencerminkan komitmen kerajaan memastikan pondok turut menikmati teknologi digital dan kecerdasan buatan.
  • Inisiatif dijangka memperluas akses teknologi dan memperkukuh kemudahan pembelajaran di sekolah pondok.
  • Program membuka peluang pembangunan sekolah pondok supaya sejajar dengan kemajuan pendidikan moden.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, keputusan itu dibuat susulan perkembangan positif yang ditunjukkan menerusi pelaksanaan projek rintis di enam sekolah pondok di enam negeri sebelum ini.

Tambahnya, perluasan tersebut juga mencerminkan komitmen kerajaan bagi memastikan institusi pendidikan pondok turut menikmati kemajuan teknologi digital, termasuk kecerdasan buatan (AI).

“Sebelum ini kalau kita lihat, inisiatif ini ada inisiatif rintis yang kita laksanakan, iaitu di enam buah sekolah pondok di seluruh negara, di enam negeri. Dan alhamdulillah, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan di pondok-pondok yang lain di seluruh negara.

“Ini merupakan satu komitmen dan satu sumbangan yang sangat besar kerana kita ingin melihat sekolah pondok ini juga tidak tertinggal dari sudut teknologi, digital, kecerdasan buatan dan sebagainya,” katanya di Parlimen.

Pada masa sama, inisiatif berkenaan diharap dapat memperluas akses kepada teknologi, memperkukuh kemudahan pembelajaran serta membuka peluang kepada sekolah pondok berkembang seiring dengan kemajuan pendidikan moden.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.