
PUTRAJAYA, 9 Oktober -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya.
- Hadir bersama kira-kira 4,000 jemaah untuk mendengar khutbah bertajuk "Al Quran Menyatukan Hati, Kasih Merentas Generasi".
- Khutbah menekankan kepentingan menghayati ajaran al-Quran, memelihara perpaduan ummah dan menghormati warga emas.
- Dalam khutbah kedua, khatib mendoakan pimpinan negara menjelang pembentangan Belanjawan 2027.
- Solat Jumaat dipimpin Ustaz Hazman Hasim; selepas itu Perdana Menteri menyantuni jemaah dan kanak-kanak.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.04 tengah hari diiringi pihak pengurusan masjid tersebut.
Sejurus tiba di masjid, Datuk Seri Anwar bersama kira-kira 4,000 jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Al Quran Menyatukan Hati, Kasih Merentas Generasi’ yang disampaikan khatib Ustaz Hazman Hasim.
Khutbah tersebut menyentuh kepentingan menghayati ajaran al-Quran dalam kehidupan, memelihara perpaduan ummah serta menghormati warga emas.
Dalam khutbah kedua, khatib turut menzahirkan harapan dan doa buat Perdana Menteri serta barisan kepimpinan negara menjelang pembentangan Belanjawan 2027.
Khatib berkata, pengurusan perbendaharaan negara adalah amanah berat yang perlu dilaksanakan berlandaskan kepentingan rakyat.
Khutbah itu turut mengingatkan bahawa tindakan urus tadbir pemimpin terhadap rakyat hendaklah sentiasa terikat dengan maslahah atau kepentingan umum.
Beliau kemudian bersama-sama jemaah menunaikan solat yang turut dipimpin Ustaz Hazman Hasim.
Selesai solat, Perdana Menteri meluangkan masa menyantuni jemaah serta kanak-kanak di situ.