
IPOH, 3 Oktober – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak bagi menempatkan 58 penduduk daripada 17 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Hilir Perak serta Larut, Matang dan Selama, semalam.
- PPS Dewan Orang Ramai Kampung Degong di Hilir Perak menempatkan tiga mangsa susulan banjir di Jalan Kampar Langkap pada 4 petang Khamis lepas.
- PPS Masjid Kampung Menteri di Larut, Matang dan Selama menempatkan 55 orang daripada 15 keluarga selepas banjir di Kampung Menteri pada 8 malam tadi.
- Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemindahan dan pengurusan keadaan banjir.
- MetMalaysia meramalkan ribut petir di beberapa daerah petang ini dan hujan pada sebelah malam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Degong di Hilir Perak menempatkan tiga mangsa susulan banjir membabitkan kawasan di Jalan Kampar Langkap pada 4 petang, Khamis lepas
“Manakala PPS Masjid Kampung Menteri di Larut, Matang dan Selama menempatkan 55 orang daripada 15 keluarga selepas banjir di kawasan Kampung Menteri pada 8 malam tadi,” menurut sekretariat tersebut dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim pada sebelah petang, manakala hujan di pada sebelah malam. – BERNAMA