Angin baratan kencang dijangka melanda utara Semenanjung bermula Khamis

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 September – Penumpuan angin baratan yang kencang dijangka berlaku di utara Semenanjung dari esok hingga Ahad ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembentukan garis badai boleh membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang untuk tempoh lebih panjang di kawasan terlibat.
  • Bilangan titik panas di Kalimantan berpotensi menyebabkan cuaca berjerebu dan jarak penglihatan rendah di barat Sarawak.
  • Orang awam dinasihatkan rujuk laman web MetMalaysia, media sosial rasmi dan muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di platform X memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang boleh membawa ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh lebih panjang di kawasan terlibat.

Pada masa sama, MetMalaysia memaklumkan berdasarkan rujukan kepada Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC), bilangan titik panas masih kekal banyak di Kalimantan dan berpotensi mengakibatkan cuaca berjerebu serta jarak ketampakan rendah di barat Sarawak dalam tempoh ramalan.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.