
GUADALAJARA, 18 September – Juara bertahan, Iva Jovic meneruskan kemaraan ke separuh akhir Guadalajara Open selepas menewaskan Magdalena Frech 6-2, 6-1 dalam aksi suku akhir, semalam.
- Jovic hanya mengambil masa lebih sejam setengah untuk menewaskan lawan pada aksi suku akhir.
- Jovic mencuri perhatian di Terbuka AS dengan menewaskan Alexandra Eala sebelum tewas kepada Coco Gauff.
- Cristina Bucsa mara separuh akhir selepas menewaskan pilihan ketiga Sara Bejlek 6-0, 6-4.
Pemain Amerika Syarikat pilihan kedua itu hanya mengambil masa lebih sejam setengah untuk menewaskan pemain Poland terbabit.
Jovic memenangi tiga permainan pertama set pembukaan sebelum sekali lagi mematahkan servis Frech untuk menang 6-2.
Beliau kemudian mengekalkan servis pada set kedua untuk melengkapkan kemenangan straight set ke atas pilihan ketujuh kejohanan itu.
Jovic sebelum ini turut mencuri perhatian pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila menewaskan pemain Filipina, Alexandra Eala untuk mara ke pusingan keempat sebelum tewas kepada rakan senegaranya, Coco Gauff.
Pada separuh akhir, Jovic akan berdepan pemain Sepanyol, Cristina Bucsa yang mara selepas menewaskan pilihan ketiga, Sara Bejlek dari Republik Czech 6-0, 6-4. – REUTERS