34 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 6 pagi

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 18 September- Sebanyak 34 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat 6 pagi ini, dengan Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 196.

RINGKASAN BERITA AI
  • Banyak kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat.
  • Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Kuala Lumpur, Johor dan Pahang merekodkan stesen dengan bacaan tidak sihat.
  • IPU 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat. Semak kemas kini di laman JAS atau aplikasi MyJAS EQMS.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Sarawak merekodkan empat kawasan dalam kategori itu iaitu Kuching dengan bacaan 192, Samarahan (185), Serian (182) dan Sibu (156).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Sarikei (155), Sri Aman (155) dan Bintulu (143).

Di Selangor, selain Johan Setia, bacaan tidak sihat dicatat di Shah Alam (169), Banting (166), Petaling Jaya (161), Klang (161) dan Kuala Selangor (139).

Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan di Nilai (179), Seremban (170) dan Port Dickson (160), manakala Perak melibatkan Seri Manjung (175), Tasek Ipoh (174), Pegoh Ipoh (153), Tanjung Malim (152) dan Taiping (104).

Di Melaka, Alor Gajah mencatat 164, diikuti Bukit Rambai (162) dan Bandaraya Melaka (154), manakala Kuala Lumpur merekodkan Cheras (164) dan Batu Muda (161). Putrajaya pula mencatat bacaan 170.

Johor turut merekodkan bacaan tidak sihat di Segamat dan Tangkak, masing-masing 158, diikuti Batu Pahat (155), Kluang (152) dan Larkin (131).

Sementara itu, dua kawasan di Pahang turut berada dalam kategori berkenaan iaitu Temerloh dengan bacaan 151 dan Jerantut (121).

Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.