Teknologi forensik & AI: PDRM rekod 420 kes padanan DNA

Tan Sri Mohd Khalid Ismail (kanan)/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 September – Sebanyak 420 kes padanan (hit cases) berjaya direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil pemerkasaan teknologi analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Penggunaan teknologi forensik terkini dan kecerdasan buatan mempercepat proses siasatan jenayah.
  • Kerajaan memperuntuk RM11.1 juta di bawah RMK12 untuk melengkapkan makmal analisis DNA PDRM.
  • Kepakaran forensik PDRM dimanfaatkan bukan sahaja untuk siasatan dalaman malah membantu jabatan lain.
  • Pembukaan NAFSLE ke-7 2026 di Maktab PDRM menghimpunkan 300 peserta dan menggalakkan kerjasama rentas agensi.

Jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, ia dipacu penggunaan teknologi forensik terkini dan kecerdasan buatan (AI) bagi mempercepat proses siasatan.

Kerajaan turut memperuntuk RM11.1 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)untuk melengkapkan makmal analisis DNA PDRM dengan peralatan teknologi terkini sekali gus meningkatkan keupayaan pasukan menjalankan analisis forensik.

“Kepakaran forensik PDRM bukan sahaja dimanfaatkan untuk siasatan dalam pasukan, malah turut membantu jabatan lain.

Menerusi peruntukan yang lebih besar, kita yakin lebih banyak teknologi baharu dapat dimanfaatkan untuk membantu menyelesaikan kes pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media selepas merasmikan Pembukaan 7th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (NAFSLE) 2026 di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini.

Program yang berlangsung hingga esok menghimpunkan 300 peserta daripada pelbagai agensi penguatkuasaan serta bidang kepakaran berkaitan forensik.

Menyentuh mengenai program, Tan Sri Khalid menyifatkan kerjasama rentas agensi seumpamanya menggalakkan perkongsian kepakaran dalam isu melibatkan siasatan jenayah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.