
GUADALAJARA, 15 September – Pemain tenis Turkiye, Zeynep Sonmez, dan wakil Amerika Syarikat (AS), Caroline Dolehide, mara ke pusingan kedua di Terbuka Guadalajara pada Isnin (14 September) di Mexico.
RINGKASAN BERITA AI
- Sonmez menewaskan Iryna Shymanovich 6-1, 6-1 dalam 59 minit; akan berdepan pilihan kedua Iva Jovic.
- Dolehide menewaskan Renata Zarazua 6-1, 3-6, 6-3; seterusnya akan berhadapan Magdalena Frech.
- Perlawanan Dolehide berlangsung dalam kejohanan WTA 500.
Sonmez hanya memerlukan 59 minit untuk menewaskan Iryna Shymanovich dari Belarus 6-1, 6-1 dan bakal bertemu pilihan kedua dari AS, Iva Jovic, bagi merebut tempat ke pusingan 16 terakhir.
Dolehide pula menewaskan wakil tuan rumah, Renata Zarazua, 6-1, 3-6, 6-3 di kejohanan WTA 500 tersebut.
Dolehide seterusnya akan berdepan pemain Poland, Magdalena Frech. -REUTERS