
BEIJING, 14 September – Tiada individu atau organisasi dibenarkan memiliki atau menyimpan dron tanpa pemandu dan komponen utamanya dalam sempadan bandar Beijing, berkuatkuasa 15 November depan.
- Peraturan baru mengetatkan kawalan keselamatan ruang udara ibu negara.
- Pemilik ditawarkan insentif atau subsidi untuk melupuskan atau menjual kembali dron kepada kerajaan.
- Pemilik boleh menghantar dron keluar secara percuma; gagal melupuskan berisiko disita dan didenda.
- Pengecualian dibenarkan bagi antikeganasan, pertanian, bantuan bencana dan penyelidikan.
Tindakan tersebut dilaksanakan menerusi peraturan baharu yang turut mengetatkan lagi kawalan keselamatan ruang udara di ibu negara berkenaan.
“Pemilik dron akan ditawarkan beberapa insentif atau subsidi bagi melupuskan peranti mereka, selain diberi pilihan untuk menjualnya semula kepada pihak kerajaan.
Dalam masa sama, pemilik turut boleh menghantar dron keluar dari Beijing secara percuma.
Peraturan baharu itu menetapkan semua pemilik perlu melupuskan dron atau membawanya keluar sebelum tarikh berkenaan atau berdepan risiko penyitaan dan denda,” kata pihak berkuasa,
Menurut kerajaan perbandaran Beijing, peraturan itu dijangka akan menjamin keselamatan ibu negara.
Kebimbangan keselamatan ruang udara memuncak selepas insiden sebuah pesawat ringan terhempas pada Jun lalu yang mengorbankan juruterbang serta mencederakan 13 yang lain.
Bagaimanapun, peraturan baharu itu membenarkan pengecualian bagi tujuan tertentu termasuk operasi antikeganasan, pertanian, bantuan bencana dan penyelidikan.-AFP