Nahas helikopter: Keputusan DNA lima mangsa selesai

Foto Orang Awam

MARUDI, 12 September – Proses analisis DNA terhadap lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Doktor Udara di Long Lellang, Marudi, berjaya diselesaikan sepenuhnya oleh Jabatan Kimia Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Analisis forensik menghasilkan profil DNA bagi kesemua mangsa dan mengesahkan identiti mereka.
  • Jasad mangsa akan diserahkan kepada waris melalui Jabatan Patologi Hospital Miri hari ini.
  • PDRM mengucapkan terima kasih kepada agensi terlibat dan menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa.

Analisis forensik berjaya menghasilkan profil DNA bagi kesemua mangsa, sekali gus mengesahkan identiti mereka.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, susulan pengesahan itu, jasad kesemua mangsa akan diserahkan kepada waris masing-masing melalui Jabatan Patologi Hospital Miri, hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Kesihatan, Hospital Miri serta semua agensi yang terlibat dalam proses pengecaman dan pengurusan mangsa.

Pada masa sama, Polis Sarawak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta berharap mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat sukar itu.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.