
AMERIKA SYARIKAT, 12 September – Tentera Amerika Syarikat (AS) memaksa 99 kapal dagang mengubah haluan di rantau Teluk bagi menguatkuasakan sekatan terhadap pelabuhan Iran.
- CENTCOM memberi amaran mengenai ancaman keselamatan yang teruk di Asia Barat, terutamanya di Selat Hormuz.
- JMIC yang dipimpin AS mengeluarkan notis amaran tentang kebarangkalian tinggi serangan ke atas kapal dagang.
- Menteri luar negara Teluk dijadual bertemu di Oman untuk membincangkan isu keselamatan serantau.
- Perbincangan akan tumpu pada laluan selamat di Selat Hormuz dan usaha memperkukuh persefahaman serta kestabilan rantau.
Pusat Pemerintahan AS (CENTROM) dalam hantaran di media sosial pada Jumaat memaklumkan bahawa langkah berkenaan diambil berikutan ancaman keselamatan yang masih teruk di Asia Barat, terutamanya di Selat Hormuz.
Pusat Maklumat Maritim Bersama (JMIC) yang dipimpin AS dalam satu notis amaran turut mengingatkan tentang kebarangkalian tinggi berlakunya serangan ke atas kapal-kapal dagang berikutan situasi keselamatan yang semakin meruncing di laluan itu.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, berkata menteri-menteri luar dari negara-negara Teluk dijadualkan bertemu di Oman pada Isnin bagi membincangkan isu keselamatan serantau.
Pertemuan itu bakal meletakkan tumpuan kepada perbincangan antara Iran dan Oman bagi menentukan laluan selamat di Selat Hormuz, selain dihadiri oleh wakil dari Iran, Iraq serta negara-negara pantai Teluk yang lain.
Baghaei berharap perbincangan itu dapat memperkukuh persefahaman antara negara-negara serantau, sekali gus membuka ruang kepada usaha bersama dalam menjamin kestabilan dan keselamatan rantau berkenaan. -REUTERS