Kapal USS Abraham Lincoln tiba di Thailand selepas lebih 200 hari di laut

Anggota tentera dan pesawat kelihatan di dek kapal induk pesawat udara USS Abraham Lincoln menuju Pelabuhan Laem Chabang, Thailand/Foto REUTERS

BANGKOK, 2 September – Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS), USS Abraham Lincoln, tiba di Laem Chabang, Thailand pada Rabu selepas lebih 200 hari berada perairan laut lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 5,000 anggota Tentera Laut dan Kor Marin AS berada di atas kapal.
  • Thailand satu-satunya rakan kongsi perjanjian pertahanan AS di tanah besar Asia Tenggara.
  • Ketibaan kapal disertai laporan kebimbangan kesihatan mental dan keadaan yang semakin buruk dalam kalangan anggota.

Kapal itu menjalani penugasan panjang di Asia Barat sebelum tiba di Thailand untuk tempoh rehat dan pemulihan selama lima hari.

Kira-kira 5,000 anggota Tentera Laut dan Kor Marin AS berada di atas kapal berkenaan.

Menurut anggota Kongres daripada Parti Demokrat, tempoh lebih 200 hari itu merupakan antara tempoh paling lama kapal tentera laut AS beroperasi di laut secara berterusan dalam era moden.

USS Abraham Lincoln tiba bersama beberapa kapal tentera laut AS yang lain.

Kapal induk pesawat udara USS Abraham Lincoln belayar menuju Pelabuhan Laem Chabang, Thailand/Foto REUTERS

Thailand merupakan satu-satunya rakan kongsi perjanjian pertahanan AS di tanah besar Asia Tenggara.

Kebiasaannya, kapal tentera laut AS beroperasi antara enam hingga sembilan bulan bagi setiap penugasan, namun tempohnya boleh dilanjutkan ketika berlaku konflik.

Ketibaan kapal itu berlaku ketika timbul laporan mengenai kebimbangan kesihatan mental serta keadaan yang semakin buruk dalam kalangan anggota di atas kapal. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.