
SYDNEY, 27 Ogos – Seramai 34 warga Australia dilaporkan hilang selepas banjir besar melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet.
- Perdana Menteri Anthony Albanese berkata usaha mendapatkan maklumat mangsa sukar kerana Nepal kekurangan sumber untuk menangani bencana berskala besar.
- Banjir kilat dan tanah runtuh meninggalkan ratusan hilang, sekurang-kurangnya 160 maut dan jumlah korban dijangka terus meningkat.
- Kementerian Luar Australia mengesahkan beberapa warganya di kawasan terjejas; pegawai bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pengendali pelancongan.
Angka itu diumumkan Perdana Menteri, Anthony Albanese pada Khamis.
“Usaha mendapatkan maklumat mengenai keadaan mangsa agak sukar berikutan Nepal tidak mempunyai sumber seperti yang tersedia di Australia untuk menangani bencana berskala besar, ” katanya.
Beliau turut menyampaikan ucapan simpati dan takziah kepada keluarga yang masih kehilangan orang tersayang susulan bencana itu.
Warga Australia antara ratusan individu yang masih hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda kawasan berkenaan, mengorbankan sekurang-kurangnya 160 orang.
Jumlah korban dijangka terus meningkat.
Kementerian Luar Australia memaklumkan pihaknya mengambil maklum terdapat beberapa warga Australia di kawasan terjejas dan pegawai negara itu sedang berusaha mengesahkan keadaan mereka.
Jurucakap kementerian berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan serta syarikat pengendali pelancongan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai mangsa. – AFP