
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Satu lagi gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda Rantau Flores, Indonesia pada pukul 10.47 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
- Pusat gempa terletak kira-kira 210 km timur Bima, Indonesia.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dengan koordinat 8.3 darjah selatan dan 120.6 darjah timur.
Pusat gempa berkenaan terletak kira-kira 210 km timur dari Bima, Indonesia.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Berita Berkaitan:
Satu lagi gempa bumi sederhana melanda Rantau Flores