
KUCHING, 20 Ogos – Enam kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat pukul 9.00 pagi tadi.
- Serian tercatat IPU tertinggi 187, diikuti Kuching 182 dan Sri Aman 174; Samarahan 174, Sarikei 153, Sibu 123.
- Bintulu 98, Samalaju 95, Miri 91, Mukah 89, Kapit 68 dan Limbang 65 merekodkan bacaan sederhana.
- Kategori IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, >300 berbahaya; data dikeluarkan setiap jam oleh 68 stesen.
Berdasarkan kemaskini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara, APIMS Jabatan Alam Sekitar, Serian mencatatkan tertinggi bacaan IPU sebanyak 187 diikuti Kuching 182 dan Sri Aman 174.
Manakala bacaan IPU di Samarahan ialah 174, Sarikei 153 dan Sibu 123.
Sementara itu, enam kawasan mencatatkan bacaan sederhana.
Bintulu merekodkan bacaan IPU 98, Samalaju 95, Miri 91, Mukah 89, Kapit 68 dan Limbang 65.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.