Selamat Hari Fotografi Sedunia – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan penghargaan kepada seluruh jurugambar sempena Hari Fotografi Sedunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengucapkan penghargaan kepada semua jurugambar atas sumbangan mereka.
  • Menghargai jurugambar profesional, media, majlis, kenduri dan jurugambar rasmi keluarga.
  • Terima kasih kerana merakam pelbagai momen dan mengabadikan kenangan untuk dilihat kembali.
  • Menggalakkan terus merakam setiap detik kerana gambar hari ini menjadi kenangan pada hari esok.

Beliau menerusi hantaran Facebook merakamkan ucapan itu atas sumbangan mereka merakam pelbagai momen untuk tatapan dan kenangan.

“Sempena Hari Fotografi Sedunia hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh jurugambar di luar sana. Tidak kira anda jurugambar profesional, jurugambar media, jurugambar majlis dan kenduri.

“Ataupun sekadar menjadi ‘jurugambar rasmi’ keluarga dan sahabat setiap kali berkumpul. Setiap daripada anda mempunyai cara tersendiri dalam merakam dunia dan mengabadikan kenangan,” menurut hantaran itu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada semua jurugambar yang pernah merakam pelbagai momen kerana mengabadikan begitu banyak kenangan untuk beliau lihat kembali.

“Selamat Hari Fotografi Sedunia saya ucapkan kepada kalian semua. Teruskanlah merakam setiap detik, kerana gambar hari ini akan menjadi kenangan pada hari esok,” tambah hantaran itu.

Hari Fotografi Sedunia disambut pada 19 Ogos setiap tahun di seluruh dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.