Tujuh maut, 50 diselamatkan dalam operasi di Libya

Foto Reuters

ROME, 17 Ogos – Tujuh migran maut manakala 50 lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah bot kayu dua tingkat yang sarat dengan penumpang dikesan di perairan antarabangsa berhampiran Libya pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Badan amal Emergency melancarkan operasi penyelamatan menggunakan kapal Life Support bagi menangani bot migran.
  • Pasukan penyelamat menemui penumpang terbaring di dek, ramai dipindahkan dari ruang bawah; beberapa berada dalam keadaan kritikal.
  • IOM memberi amaran peningkatan kematian di laluan Mediterranean tengah, disumbang oleh cuaca buruk dan jarak perjalanan yang semakin jauh.

Badan amal penyelamat Itali, Emergency, berkata pihaknya mengesan bot berkenaan pada awal pagi sebelum melancarkan operasi menyelamat menggunakan kapal pencarian dan penyelamatan Life Support.

Ketua misi kapal itu, Jonathan Nani La Terra, berkata ketika operasi berlangsung, pasukannya mendapati sembilan individu terbaring di atas dek.

Menurutnya, mangsa berkenaan telah dipindahkan oleh mangsa lain dari ruang bawah bot, tempat mereka dipercayai menghabiskan keseluruhan perjalanan.

“Tujuh daripada mereka tidak dapat diselamatkan, manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal akibat sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua migran yang diselamatkan dilaporkan berasal dari Somalia dan Mesir.

Mereka memberitahu pasukan penyelamat bahawa bot itu bertolak dari Zuwara, Libya, pada awal Ahad.

Insiden itu berlaku ketika Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) memberi amaran minggu lalu bahawa jumlah kematian migran yang diketahui di laluan Mediterranean tengah meningkat mendadak, walaupun jumlah migran yang tiba di Eropah menurun susulan dasar imigresen lebih ketat.

IOM berkata peningkatan kematian itu sebahagiannya berpunca daripada cuaca buruk yang melanda rantau berkenaan pada Januari, selain perjalanan yang semakin jauh apabila bot migran berlepas dari lokasi yang lebih jauh dari pantai Eropah.

Data Kementerian Dalam Negeri Itali menunjukkan kira-kira 17,800 migran telah tiba di negara itu setakat tahun ini, berbanding 39,116 orang dalam tempoh sama tahun lalu.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.