
JOHOR BAHRU, 16 Ogos – Empat suspek kes bunuh, susulan penemuan mayat yang dibungkus dan dililit dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Batu Pahat akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok.
- Empat suspek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Dua lelaki tempatan, 33 dan 34, ditahan di Kluang pada 4 Ogos; jumlah tahanan kini lima.
- Sepucuk pistol dirampas di sebuah rumah di Yong Peng pada 9 Ogos hasil pandu arah seorang suspek.
- Seorang lagi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kluang mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api; seorang dibebaskan jadi saksi pendakwaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, keempat-empat suspek itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan sama, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 33 dan 34 tahun di sekitar Kluang, 4 Ogos lalu, menjadikan keseluruhan lima suspek ditahan bagi membantu siasatan.
Polis turut merampas sepucuk pistol di sebuah rumah di sekitar Yong Peng, pada 9 Ogos lalu, hasil pandu arah salah seorang suspek.
Sementara itu, seorang lagi suspek akan didakwa kemudian di Mahkamah Sesyen Kluang mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Manakala seorang suspek lagi dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan dengan bon jaminan mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.