Gempa: Kira-kira 320 mangsa masih belum ditemukan

Usaha mencari mangsa di bawah runtuhan memasuki hari ketujuh./ REUTERS

PEREIRA, 16 Ogos – Sekurang-kurangnya 320 individu masih hilang selepas kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 melanda Colombia pada Isnin lalu, berdasarkan data agensi pengurusan bencana negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Usaha mencari dan menyelamat diteruskan, memasuki hari ketujuh.
  • Sehingga semalam, 294 mangsa disahkan terkorban dan hampir 4,000 cedera.
  • Operasi melibatkan pasukan penyelamat, anggota bomba dan anjing pengesan mencari mangsa di bawah runtuhan.
  • Di Cali bilik mayat rosak, mayat dipindahkan ke Palmira, ratusan keluarga mendirikan khemah sementara.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan, memasuki hari ketujuh.

Sehingga semalam, sekurang-kurangnya 294 mangsa terkorban berjaya ditemukan, manakala hampir 4,000 mangsa tercedera direkodkan.

Anggota bomba Colombia, Javier Jimenez berkata, kecekapan dan kesiapsiagaan pasukan penyelamat Colombia dalam menangani gempa bumi dahsyat, membolehkan operasi kecemasan digerakkan dalam tempoh yang singkat.

Usaha pencarian membabitkan pasukan penyelamat, anggota bomba dan anjing pengesan yang dikerahkan ke kawasan bangunan runtuh bagi mengesan kemungkinan mangsa masih hidup.

Jentera pengorek mengalihkan runtuhan bangunan yang musnah di Pereira, Colombia, beberapa hari selepas gempa bumi bermagnitud 7.4 melanda kawasan berkenaan./ AFP

Operasi berkenaan dilakukan dengan penuh berhati-hati, dan diadakan dalam keadaan senyap, termasuk menghentikan penggunaan jentera, bagi membolehkan penyelamat mengesan sebarang bunyi dari bawah runtuhan.

Sementara itu di Cali, bau mayat yang mereput mula memenuhi ruang udara di beberapa kawasan, ketika keluarga masih menanti berita mengenai insan tersayang yang hilang susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu.

Bilik mayat di Cali, bandar ketiga terbesar Colombia yang kini merekodkan jumlah korban tertinggi, turut mengalami kerosakan akibat gempa, menyebabkan mayat mangsa terpaksa dipindahkan ke bandar berdekatan, Palmira.

Foto AFP

Dalam pada itu, ratusan keluarga yang kehilangan tempat tinggal terpaksa mendirikan khemah sementara di kawasan awam.

Di Bogota pula, ratusan sukarelawan berhimpun di kawasan parkir berhampiran stadium terbesar di bandar itu bagi membantu mangsa gempa.

Ketika operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, sokongan orang awam menjadi antara sumber kekuatan kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan masih menunggu kepastian mengenai nasib orang tersayang. – AFP/ REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.