Pasaran saham global bercampur-campur, harga minyak melonjak

Gambar Hiasan

NEW YORK, 11 Ogos – Pasaran saham global dilapor bergerak mendatar pada Isnin, kekal menghampiri paras tertinggi walaupun dalam volum dagangan musim panas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga minyak melonjak kira-kira 5% susulan ketegangan selepas Iran kemukakan syarat pembukaan semula Selat Hormuz.
  • Lonjakan minyak memberi tekanan kepada ekuiti AS; S&P 500 ditutup susut 0.1% tanpa mencetuskan jualan besar-besaran.
  • Data pekerjaan AS mengejutkan dengan kehilangan 23,000 pekerjaan, menguatkan jangkaan Fed mungkin menangguhkan kenaikan kadar faedah.

Para pelabur kini menantikan data inflasi yang bakal dikeluarkan minggu ini, selain sebahagian besarnya tidak mengendahkan lonjakan terkini harga minyak mentah.

Perkembangan tersebut berlaku susulan tindakan Iran yang mengemukakan beberapa syarat bagi pembukaan semula Selat Hormuz.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bertindak balas dengan menyatakan AS akan menuntut ganti rugi konflik daripada negara berkenaan.

Ketegangan tersebut menyebabkan harga minyak melonjak kira-kira lima peratus, sekali gus memberi tekanan kepada ekuiti AS tanpa mencetuskan jualan besar-besaran.

Indeks S&P 500 ditutup susut sedikit sebanyak 0.1 peratus.

“Pasaran saham cuba seboleh mungkin untuk mengabaikan situasi di Teluk Parsi seperti yang mereka lakukan sejak beberapa bulan lalu,” kata Steve Sosnick dari Interactive Brokers.

Menurut beliau, sejak awal April lalu, pasaran dilihat cenderung melonjak apabila terdapat perkembangan positif ke arah gencatan senjata atau kedamaian.

Bagaimanapun tidak merosot apabila pasaran bon atau minyak menunjukkan kekecewaan terhadap kelewatan proses berkenaan.

Sementara itu, di Eropah, pasaran saham di Paris dan Frankfurt ditutup tinggi sedikit, manakala bursa London mengalami kejatuhan kecil pada penghujung sesi.

Di AS, saham AS meningkat pada Jumaat lalu selepas data mengejutkan menunjukkan kehilangan 23,000 pekerjaan pada bulan lepas.

Situasi ini menguatkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) mungkin menangguhkan kenaikan kadar faedah bagi menangani kadar inflasi yang masih tinggi.

Manakala di Asia, Ekuiti Asia melonjak disokong oleh saham sektor teknologi berikutan prestasi tidak menentu sejak beberapa minggu lalu.

Pengeluar cip Jepun dan Korea Selatan menerajui kenaikan tersebut, dengan bursa Tokyo melonjak lebih dua peratus dipimpin oleh Tokyo Electron dan Advantest.

Seoul, Hong Kong, Shanghai serta Mumbai turut ditutup mengukuh.

Dalam pasaran mata wang, nilai dolar AS bergerak bercampur-campur namun berjaya pulih daripada kerugian berbanding beberapa mata wang utama selepas laporan data pekerjaan AS dikeluarkan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.