
WASHINGTON, 8 Ogos – Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) sekatan menyasarkan pendapatan hasil tenaga Rusia.
- Matlamat RUU menyekat aliran tunai sektor tenaga Rusia yang membiayai operasi ketenteraan Moscow.
- Kadar tarif dicadangkan setinggi 500% ke atas import Rusia termasuk gas dan minyak; 100% kepada lima importir utama seperti China dan India.
- Sekatan turut mensasarkan Presiden Vladimir Putin, pegawai kanan, dan armada kapal Rusia yang digunakan memintas sekatan ekonomi Barat.
- RUU dihantar ke Dewan Perwakilan; undian dijangka awal September selepas rehat Kongres, sambutan dwipartisan serta sokongan EU, amaran dari Kedutaan Rusia.
RUU yang diluluskan itu bertujuan menyekat aliran tunai sektor tenaga Rusia yang menjadi sumber pembiayaan utama operasi ketenteraan Moscow.
RUU berkenaan telah dikemukakan ke Dewan Perwakilan untuk kelulusan.
Namun proses pengundian di dewan rendah itu dijangka hanya berlangsung seawal September depan berikutan tempoh rehat musim panas Kongres.
“Tindakan berkenaan akan membawa Rusia ke meja perundingan sekali gus mengakhiri konflik antara rusia dan Ukraine”, kata Ahli Republik, Jim Risch yang juga Pengerusi Senat Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri.
“Ia akan memeberikan kesan mematikan yang mampu dicapai di medan perang.
“Langkah ini dijangka memutuskan aliran kewangan yang menjadi pemacu kepada jentera perang Presiden Rusia, Vladimir Putin,” katanya demikian ketika berucap di Dewan Senat sebelum proses pengundian dijalankan.
RUU berkenaan menyasarkan sektor tenaga Rusia dengan mengenakan tarif sebanyak 500 % barangan import dari Rusia termasuk gas dan minyak.
Ini termasuk tarif sebanyak 100% kepada lima negara utama pengeksport minyak dan gas Rusia merangkumi China dan India.
Selain itu, sekatan terbaharu turut dikenakan terhadap Presiden Rusia, Vladmir Putin dan pegawai tingginya akan dikuatkuasakan.
Buat pertama kalinya, AS turut mengenakan sekatan dan menyasarkan armada kapal Rusia iaitu rangkaian kapal misteri yang digunakan Moscow bagi memintas sekatan ekonomi Barat sejak pencerobohan ke atas Ukraine pada 2022.
RUU berkenaan dinamakan sebagai penghormatan kepada mendiang Senator Lindsey Graham yang meninggal dunia pada 11 Julai lepas, selepas beliau konsisten mendesak kelulusan sekatan terhadap sektor hidrokarbon Moscow.
Senator Demokrat, Jeanne Shaheen menegaskan RUU itu menyampaikan mesej dwipartisan yang jelas kepada Kremlin menerusi tekanan ekonomi secara langsung.
Meskipun mendapat sokongan padu di Senat, beberapa ahli Dewan Perwakilan melahirkan kebimbangan dan menyaran penelitian semula terhadap RUU tersebut.
Sementara itu, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen menyambut baik kelulusan RUU berkenaan.
Manakala Kedutaan Rusia di Washington memberi amaran bahawa tindakan mengenakan sekatan ke atas rakan dagangnya hanya akan memburukkan krisis tenaga dan memberi kesan kepada ekonomi AS. -AFP