Gempa bumi kuat magnitud 6.8 landa Kyushu, Jepun – METMalaysia

Foto: METMalaysia

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 melanda Kyushu, Jepun pada 3.27 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa dikesan pada koordinat 32.7°N dan 130.6°E dengan kedalaman 10 km.
  • Epicenter kira-kira 14 km barat daya dari Kumamoto, Jepun.
  • Penilaian awal METMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku pada koordinat 32.7 darjah Utara dan 130.6 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Pusat gempa bumi itu dikesan kira-kira 14 km barat daya dari Kumamoto, Jepun.

Bagaimanapun, penilaian awal METMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.