Wanita maut dihempap pokok kelapa sawit

Operasi menggunakan jentera jengkaut serta peralatan khas bagi mengangkat pokok yang menghempap mangsa

KLUANG, 18 Julai – Seorang wanita maut selepas dihempap pokok kelapa sawit di Ladang Kekayaan, Paloh, kira-kira pukul 4 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kluang digerakkan sebaik menerima laporan.
  • Operasi menyelamat menggunakan jentera jengkaut serta peralatan khas bagi mengangkat pokok.
  • Mangsa dikenali sebagai Safiah Abdul Rasid, 37 tahun.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan kesihatan, kata Komander Operasi Yusma Yuzaini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Yusma Yuzaini memaklumkan, sebaik menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang digerakan ke lokasi.

“Operasi menyelamat menggunakan jentera jengkaut serta peralatan khas bagi mengangkat pokok yang menghempap mangsa.

“Mangsa, Safiah Abdul Rasid, 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan kesihatan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.