
KUALA LUMPUR, 16 Julai – Hab Pengangkutan LaLaport (LTH) menyasarkan kapasiti hingga 10,000 penumpang sehari, sekali gus memperkukuh sistem mobiliti bandar menerusi integrasi perkhidmatan bas, rel dan pelbagai mod pengangkutan lain.
- Menteri Hannah Yeoh optimis LTH menyokong rangkaian pengangkutan ibu negara, menyediakan perjalanan lebih selesa, tersusun dan efisien kepada pengguna.
- Kira-kira 1.2 juta individu bergerak keluar masuk Kuala Lumpur setiap hari, menunjukkan keperluan meningkatkan infrastruktur mobiliti bandar.
- LTH diiktiraf dan dilesenkan oleh APAD, menawarkan lokasi strategik terutama untuk perkhidmatan bas ekspres antara Kuala Lumpur dan Singapura.
- Terletak di aras LG1 East Atrium berhampiran Stesen Hang Tuah, dihubungkan laluan pejalan kaki berbumbung memudahkan pertukaran antara rel, bas, teksi dan e-hailing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh optimis LTH menyokong rangkaian pengangkutan di ibu negara dalam menyediakan kemudahan perjalanan lebih selesa, tersusun dan efisien kepada pengguna,
Menurut beliau, kira-kira 1.2 juta individu melakukan pergerakan keluar masuk setiap hari di Kuala Lumpur sekali gus menunjukkan keperluan meningkatkan infrastruktur mobiliti bandar,” katanya ketika berucap merasmikan LTH, hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pembangunan APAD, Azrin Borhan; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud; serta Duta Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata.
Menurut Hannah lagi, LTH yang diiktiraf dan dilesenkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyediakan lokasi strategik dan selesa terutama melibatkan perjalanan bas ekspres antara Kuala Lumpur dan Singapura.
Beliau berkata terletak di aras LG1, East Atrium, berhampiran stesen pertukaran stesen LRT dan Monorel Hang Tuah, LTH dihubungkan menerusi laluan pejalan kaki berbumbung, turut memudahkan pengguna bertukar antara perkhidmatan rel, bas, teksi dan e-hailing.
“Hab ini yang beroperasi sejak Februari lalu turut menyediakan ruang menunggu, skrin maklumat penumpang, bilik penyusuan, kemudahan makanan dan minuman, tempat letak kenderaan, perkhidmatan teksi serta akses kepada e-hailing,” jelas beliau lagi.