PGA tumpas cubaan seludup 1,300 anak pokok

Dua lelaki ditahan PGA kerana disyaki membawa 1,300 anak pokok yang dipercayai diseludup dari Thailand/Foto PGA Briged Tenggara

RANTAU PANJANG, 16 Julai – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas lebih 1,300 anak pokok pelbagai spesies yang disyaki diseludup dari Thailand dalam Op Taring Wawasan Kelantan, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelbagai spesies anak pokok dirampas: 300 bromeliad, 200 bunga kertas, 150 bunga ros, dan 100 jambu batu, lotus, ekor tupai, limau purut, cermai.
  • Suspek mengemukakan satu invois semasa pemeriksaan.
  • Anak pokok disyaki membawa serangga perosak dan penyakit; kes dirujuk kepada Jabatan Pertanian Kelantan dan disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain berkata, kedua-dua lelaki berusia 33 dan 37 tahun itu ditahan bersama lori serta muatan anak pokok berkenaan di Kampung Tok Deh, Rantau Panjang, kira-kira pukul 6.30 petang.

“Antara yang dirampas ialah 300 anak pokok bromeliad, 200 anak pokok bunga kertas, 150 anak pokok bunga ros serta masing-masing 100 anak pokok jambu batu, lotus, bunga ekor tupai, limau purut dan cermai

“Kedua-dua suspek turut mengemukakan satu invois ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anak pokok yang disyaki diseludup dari Thailand itu juga disyaki berisiko membawa serangga perosak dan penyakit tanaman

Menurut Ahmad Radzi, kes telah dirujuk kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.