
BUKIT RAMBAI, 12 Julai – Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Melaka ditutup petang tadi susulan keadaan banjir yang semakin pulih.
RINGKASAN BERITA AI
- PPS ditutup termasuk SJK (C) Bertam Ulu, SK Tanjung Minyak 2 dan PERKIM Masjid Tanah.
- Empat PPS masih beroperasi: Japerun Pantai Kundor, SK Taman Bukit Rambai, Balairaya Kampung Seri Jeram, SK Tehel.
- Bilangan penduduk terjejas menurun kepada 207 orang daripada 66 keluarga.
- Maklumat disahkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS yang ditutup ialah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bertam Ulu, Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Masjid Tanah.
Empat PPS masih beroperasi, iaitu Japerun Pantai Kundor, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai, Balairaya Kampung Seri Jeram dan Sekolah Kebangsaan Tehel.
Pada masa sama, jumlah penduduk terjejas banjir terus menurun kepada 207 orang daripada 66 keluarga.