PRN Johor: Balai Raya Pulau Besar pusat mengundi pertama ditutup

Foto BERNAMA

MERSING, 11 Julai – Balai Raya Pulau Besar di sini menjadi pusat mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang pertama ditutup hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat mengundi di Pulau Aur dan SK Pulau Pemanggil ditutup pada 12 tengah hari.
  • Balai Raya Pulau Sibu dan SK Pulau Tinggi ditutup pada 2 petang.
  • Kesemua pusat di lima pulau melibatkan 690 pengundi; SPR lapor 42.16% keluar mengundi setakat 1 tengah hari; pengundian hingga 6 petang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh Jamil Hasni Abdullah berkata pusat mengundi yang mempunyai satu saluran dan 32 pengundi itu ditutup pada 11 pagi tadi, selepas dibuka selama tiga jam untuk proses pengundian.

“Pusat mengundi di Balai Raya Pulau Aur dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil pula ditutup pada 12 tengah hari, manakala Balai Raya Pulau Sibu serta SK Pulau Tinggi pada 2 petang,” katanya.

Kesemua pusat mengundi di lima pulau berkenaan melibatkan 690 pengundi berdaftar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan sebanyak 42.16 peratus atau 1,130,980 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah keluar mengundi setakat 1 tengah hari.

Proses pengundian itu dijadualkan berlangsung hingga 6 petang ini.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.