
JOHOR BAHRU, 11 Julai – Aliran trafik di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), lancar pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
- Kenderaan persendirian, motosikal dan bas keluar masuk tanpa kesesakan ketara; pengguna imigresen bergerak berperingkat ikut laluan disediakan.
- Keadaan cuaca baik serta pengurusan trafik teratur memastikan pergerakan masuk dan keluar kedua-dua kompleks berjalan lancar.
- AKPS gerakkan operasi maksimum, buka laluan khas dan kaunter tambahan; BSI 38 kaunter kereta, 35 e-gate, KSAB 24 kaunter kereta.
Tinjauan mendapati kenderaan persendirian, motosikal dan bas keluar masuk tanpa kesesakan ketara, manakala pengguna perkhidmatan imigresen dilihat bergerak secara berperingkat mengikut laluan disediakan.
Keadaan cuaca yang baik serta kelancaran pengurusan trafik membantu memastikan pergerakan keluar dan masuk di kedua-dua kompleks berjalan lancar.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi media sosial memaklumkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggerakkan operasi pada tahap maksimum dengan membuka laluan khas serta mengaktifkan kaunter tambahan bagi memastikan kelancaran pergerakan daftar pemilih.
Sebanyak 38 kaunter masuk zon kereta dan 35 e-gate dibuka di Bangunan Sultan Iskandar, manakala 24 kaunter zon kereta beroperasi di Kompleks Sultan Abu Bakar.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan mengikuti hebahan berkala oleh AKPS.