Gempa Venezuela ragut hampir 3,900 nyawa

Kediaman penduduk rosak susulan gempa bumi di La Guaira, Venezuela/Foto AFP

CARACAS, 10 Julai – Angka korban akibat dua gempa kuat yang melanda Venezuela dua minggu lalu meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,889 orang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hampir 17,000 orang dilaporkan cedera akibat gempa.
  • Kira-kira 18,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
  • La Guaira paling terjejas; lebih 800 bangunan rosak dan 190 runtuh sepenuhnya.
  • Kerajaan gesa pelepasan dana beku; PBB cuba kumpul kira-kira 300 juta dolar untuk pemulihan.

Menurut laporan kerajaan, hampir 17,000 orang cedera dalam gempa bermagnitud 7.2 dan 7.5 yang berlaku pada 24 Jun lalu.

Hampir 18,000 lagi penduduk turut kehilangan tempat tinggal.

Ketua Perhimpunan Kebangsaan, Jorge Rodriguez memaklumkan angka korban meningkat daripada 3,811 kepada 3,889 orang menerusi laporan yang dimuat naik di Telegram.

Sementara itu, pemimpin sementara Venezuela, Delcy Rodriguez menggesa pelepasan dana negara itu yang dibekukan di luar negara bagi membantu usaha pemulihan bencana.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pula sedang berusaha mengumpul kira-kira 300 juta dolar Amerika bagi membantu pemulihan Venezuela.

Di La Guaira, kawasan pantai yang paling terjejas, lebih 800 bangunan dilaporkan rosak manakala 190 lagi runtuh sepenuhnya.

Pasukan penyelamat kini mula menghentikan operasi mencari mangsa yang masih hidup, namun beberapa keluarga masih berharap dapat menemukan ahli keluarga mereka yang hilang.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.