Keputusan PRN Johor penanda aras penerimaan rakyat parti bertanding

Foto arkib BERNAMA

KULAI, 6 Julai – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bakal menjadi penanda atas baharu, serta kayu ukur landskap politik negara, sekali gus mencerminkan arah sentimen rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • PRN Johor sebagai medan ujian tahap penerimaan parti dalam era politik moden yang melibatkan pemilih lebih bijak dan matang.
  • Keputusan akan menilai sama ada parti perlu memperbetulkan kesilapan atau memperbaiki pendekatan sedia ada.
  • Ia menilai keberkesanan kempen dan tahap penerimaan pengundi, mendorong intervensi persediaan untuk PRN negeri lain atau Pilihan Raya Umum.
  • Calon dan parti digesa bekerjasama serta berusaha menambat hati pengundi di kawasan masing-masing sepanjang tempoh berkempen.

Menurut Ketua Kumpulan Penyelidikan Kepimpinan dan Kenegaraan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Azhar
Abdul Hamid, PRN kali ini turut dilihat sebagai medan menguji parti-parti yang bertanding untuk menilai tahap penerimaan dalam era politik moden yang merangkumi kelompok majoriti rakyat semakin bijak dan matang.

“Keputusan PRN Johor nanti akan dapat menilai kedudukan parti masing-masing sama ada perlu memperbetulkan kesilapan atau menambah baik pendekatan sedia ada.

“Ia juga akan menilai kempen-kempen yang dilaksanakan, tahap penerimaan pengundi. Justeru, langkah intervensi perlu dibuat bagi persediaan menghadapi PRN di negeri-negeri lain atau Pilihan Raya Umum nanti,” katanya.

Berbaki hari berkempen, beliau berpandangan parti-parti bertanding terutamanya bakal wakil rakyat perlu bekerja kerjas bagi menambat hati pengundi di kawasan masing-masing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.