Hari pengundian awal PRN Johor: 12,710 anggota, pegawai polis laksana tanggungjawab esok

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 6 Julai – Seramai 12,710 pegawai dan anggota polis akan menunaikan tanggungjawab sebagai daftar pemilih pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • 12,067 pengundi mengundi awal di pusat pengundian manakala 643 pengundi melaksanakan undian pos.
  • 3,565 petugas PDRM digerakkan untuk keselamatan, pengiringan peti undi dan kawalan lalu lintas.
  • Dewan PSP 2 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor disediakan sepenuhnya, tiga saluran dibuka untuk 1,388 pengundi.
  • Pusat mengundi dibuka 8 pagi hingga 6 petang; beberapa pusat dijangka ditutup lebih awal kerana bilangan pengundi kecil.

Daripada jumlah itu, seramai 12,067 pengundi akan mengundi awal di pusat pengundian manakala, seramai 643 pengundi melaksanakan tanggungjawab menerusi undian pos.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, seramai 3,565 petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan bagi menjalankan penugasan keselamatan, pengiringan peti undi dan kawalan lalu lintas.

“Tinjauan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini mendapati, Dewan PSP 2 yang dijadikan pusat mengundi sudah bersedia sepenuhnya.

“Tiga saluran dibuka bagi memudahkan seramai 1,388 pengundi di dewan tersebut,” katanya.

Kesemua pusat mengundi akan dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Bagaimanapun katanya beberapa pusat mengundi dijangka ditutup lebih awal kerana mempunyai jumlah pengundi yang kecil seperti pusat mengundi di Bilik Taklimat Balai Polis Tenang Segamat yang mempunyai enam pengundi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.