Dua maut nahas pesawat kecil di Brazil

Foto hiasan / Reuters

RIO DE JANEIRO, 4 Julai – Dua individu maut dalam nahas sebuah pesawat kecil pada pagi Jumaat di kawasan luar bandar Campo Grande, ibu negeri Mato Grosso do Sul, sebuah negeri di wilayah barat-tengah Brazil, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan bomba mengesahkan juruterbang dan seorang penyelidik warga Jerman maut dalam nahas itu.
  • Pesawat berlepas dari sebuah lapangan terbang tempatan menuju wilayah Pantanal di Mato Grosso do Sul.
  • Juruterbang dipercayai cuba mendarat di landasan persendirian disebabkan jarak penglihatan terhad akibat kabus tebal.
  • Operasi menyelamat terjejas apabila kenderaan kecemasan tersangkut di jalan tanah, melambatkan ketibaan pasukan penyelamat.

Jabatan bomba mengesahkan juruterbang dan seorang penyelidik warga Jerman yang berada di dalam pesawat itu maut dalam nahas berkenaan.

Pesawat itu berlepas dari sebuah lapangan terbang tempatan dan dalam penerbangan menuju ke wilayah Pantanal di Mato Grosso do Sul.

Semasa penerbangan, juruterbang dipercayai cuba mendarat di landasan persendirian, kemungkinan disebabkan oleh jarak penglihatan yang terhad akibat kabus tebal.

Operasi menyelamat terjejas akibat keadaan muka bumi apabila kenderaan kecemasan tersangkut di jalan tanah yang menuju ke lokasi nahas, sekali gus melambatkan ketibaan pasukan penyelamat.

Saksi yang bekerja di sebuah hangar berhampiran landasan persendirian itu berkata mereka terdengar satu letupan sejurus sebelum sebelum nahas berlaku. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.