PRN Johor : SPR terima 305 aduan kesalahan kempen

Semua laporan dan aduan telah diambil tindakan susulan sewajarnya /Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 3 Julai – 305 laporan serta aduan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • 140 kes bahan kempen dipasang di kawasan larangan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • 90 kes bahan kempen menghalang pandangan pengguna jalan raya serta lalu lintas; 27 kes dalam lingkungan 50 meter pusat mengundi.
  • Semua laporan di bawah bidang kuasa PP-KPR telah diambil tindakan susulan; 56 pasukan ditubuh untuk menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Kenyataan Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus menyebut daripada angka berkenaan, 140 kes membabitkan bahan kempen yang dipasang di kawasan larangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala 90 kes melibatkan bahan kempen menghalang pandangan pengguna jalan raya serta lalu lintas.

“Sebanyak 27 kes melibatkan bahan kempen yang berada dalam lingkungan 50 meter dari pusat mengundi, sementara bakinya iaitu 48 kes merangkumi pelbagai kesalahan lain.

“Semua laporan dan aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) telah diambil tindakan susulan sewajarnya,”kata kenyataan.

SPR turut memaklumkan 56 PP-KPR ditubuh bagi menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkempen yang bermula hari penamaan calon pada 27 Jun lepas hingga 10 Julai depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.