AI percepat proses hasilkan berita, namun pengesahan kekal tugas wartawan

Gambar Hiasan / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu mempercepat proses penyediaan berita, namun pengesahan maklumat kekal menjadi tanggungjawab utama wartawan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wartawan mesti rujuk sumber pertama dan melakukan semakan berganda untuk memastikan setiap laporan tepat dan sahih.
  • Media arus perdana perlu terus mengekalkan amalan pengesahan berita sebelum disiarkan.
  • Lambakan wartawan tidak profesional dan kandungan media sosial menggugat ketepatan berita.
  • Penggunaan AI mesti disertai pematuhan etika kewartawanan demi mengekalkan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat.

Pensyarah Kanan Kewartawanan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Ima Liana Isa berkata, wartawan masih perlu merujuk sumber pertama serta melakukan semakan berganda bagi memastikan setiap laporan tepat dan sahih.

“Walaupun kini terdapat lambakan wartawan tidak profesional atau ‘citizen journalist’ dan kandungan di media sosial, namun (wartawan) media arus perdana seperti RTM perlu terus mengekalkan amalan mengesahkan setiap berita sebelum disiarkan,” katanya ketika ditemui di Angkasapuri, di sini, hari ini.

Menurut beliau, penggunaan AI perlu disertai pematuhan terhadap etika kewartawanan bagi mengekalkan kredibiliti media dan kepercayaan masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.