Rundingan Petronas, PETROS tunjuk perkembangan positif – PM

Foto BERNAMA

KUCHING, 21 Jun – Rundingan antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menunjukkan perkembangan positif ke arah pemeteraian kerjasama strategik dalam sektor tenaga negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan mengutamakan pendekatan 'win-win' untuk memastikan kerjasama kedua pihak lebih efektif dan seimbang.
  • Prinsip utama ialah menghormati hak, peraturan dan undang-undang masing-masing bagi mencapai persetujuan bersama yang adil.
  • Perdana Menteri terima laporan terkini; Timbalan Perdana Menteri bantu melalui jawatankuasa teknikal, dengan harapan memeterai persetujuan tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menekankan pendekatan ‘win-win situation’ bagi memastikan kedua-dua syarikat dapat bekerjasama secara lebih efektif dan seimbang.

Prinsip utama yang digariskan ialah penghormatan terhadap hak, peraturan serta undang-undang masing-masing dalam mencapai persetujuan bersama.

“Kita mahu perkara ini diselesaikan secara adil dan saksama antara kedua-dua pihak sebagai rakan strategik.

“Saya ingin memaklumkan bahawa perkembangan rundingan ketika ini amat positif.

“Saya telah menerima laporan terkini dan Datuk Seri Fadillah (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ) turut membantu menerusi jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan.

“Saya berharap dalam tempoh terdekat, kita dapat memeterai secara muktamad persetujuan antara Petronas dan PETROS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2026 Peringkat Negeri di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.