Pelarian Rohingya perlu patuh undang-undang tempatan, tindakan tegas jika langgar – PM

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pelarian Rohingya di negara ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan tempatan atau berdepan tindakan tegas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia mengamalkan pendekatan berperikemanusiaan terhadap pelarian Rohingya namun mereka tertakluk kepada sistem perundangan negara
  • Penggunaan premis bangunan mesti mematuhi peraturan tempatan; kegagalan mematuhi akan menyebabkan tindakan tegas
  • Pengendalian perniagaan oleh golongan pelarian perlu mengikut peraturan dan lesen yang ditetapkan
  • Kenyataan dibuat selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul

Beliau berkata walaupun Malaysia mengambil pendekatan berperikemanusiaan, golongan itu tetap tertakluk kepada sistem perundangan negara termasuk dalam aspek penggunaan premis bangunan dan pengendalian perniagaan.

“Nasihat kepada rakyat Myanmar khususnya Rohingya, mereka juga harus patuh kepada peraturan yang ada dalam negara kita. Bangunannya, perniagaannya, mesti mengikut peraturan dan kalau tidak ikut, kita terpaksa ambil tindakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, di sini hari ini. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.