
KIEV, 12 Jun – Seorang wanita terbunuh dalam serangan dron yang dilancarkan Rusia di wilayah sempadan Sumy, timur laut Ukraine.
RINGKASAN BERITA AI
- Ketua Pentadbiran Tentera Wilayah Sumy Oleg Grygorov mengesahkan insiden melalui aplikasi Telegram.
- Seorang wanita berusia 44 tahun maut, manakala seorang lagi wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan serius.
- Pasukan perubatan sedang memberikan rawatan yang diperlukan kepada mangsa yang cedera.
- Sebuah bangunan mengalami kerosakan teruk. Wilayah Sumy kerap diserang sejak konflik memuncak.
Ketua Pentadbiran Tentera Wilayah Sumy, Oleg Grygorov, berkata serangan tersebut turut menyebabkan seorang lagi wanita cedera parah.
“Malangnya, seorang wanita berusia 44 tahun terbunuh dalam serangan itu. Seorang lagi wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan serius. Pasukan perubatan sedang memberikan rawatan yang diperlukan,” katanya menerusi aplikasi Telegram.
Beliau berkata serangan turut menyebabkan sebuah bangunan turut mengalami kerosakan teruk.
Wilayah Sumy di sempadan Ukraine-Rusia kerap diserang sejak konflik kedua-dua negara memuncak.-AFP